ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA๐
Harini Atin nak share sikit pasal salah satu aktiviti yang Atin dan rakan-rakan selalu buat especially hujung minggu. Aktiviti ini adalah melepak hehehe๐.
Aktiviti lepak ini kami selalu buat sejak Atin sekolah lagi. Sekarang bila sudah masuk Universiti memang selalu lepak lah dengan kawan-kawan. Dan sekarang bila dah kenal dengan senior-senior pon ajak lepak jugak so memang aktiviti lepak ni tak asing lagi dalam kehidupan seorang pelajar Universiti kot๐.
| Gambar bersama lepak dgn team setting๐ |
Tempat yang biasa kitaorang lepak kalau dalam UKM adalah dekat Kiosk FEP tapi kalau luar dari UKM selalunya dekat Mc Donald Bangi.
Bila dah lepak itu ambil masa hampir 4 atau 5 jam jugaklh nak balik sebab bila dah lepak masing-masing tak ingat dunia nak balik. Selalunya bila lepak itu, kitaorg suka bercerita tentang macam-macam perkara dan selalu jugak main game plato sesama.
Walaupun sesetengah orang berfikiran bahawa bila kita berlepak ia membuang masa dan sebagainya tetapi bagi Atin dan rakan-rakan bila kita berlepak ini kita dapat mengisi masa lapang itu dengan mengenali rakan kita dengan lebih rapat sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.



