Saturday, September 22, 2018

RESIPI KEK BATIK MILO BY FNT

ASSALAMUALAIKUM...

Arini saya nak share satu resipi simple dengan anda semua.
Superb simple..Semua orang boleh buat tau..
Sejak akhir-akhir ini, saya suka membuat kek batik ini especially bila balik rumah masa cuti minggu. Almaklumlah kehidupan seorang pelajar U kan... Walaupun tak sampai 3 bulan masuk U api selalu je balik rumah... So kalau balik rumah mesti akan baked kek batik. 
Baru-baru ni, Atin baked 2 bekas kek batik tau untuk family satu bekas and lagi satu untuk bawak balik U (buat kawan-kawan yang dikasihi disana๐Ÿ˜ cewahhh)..

So, marilah kita tengok resipi kek batik yang mudah, cepat dan pantas... Seperti masak 1,2,3 sajoo..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚




RESIPI KEK BATIK SUPERB CEPAT

Kek Batik Sedap


BAHAN-BAHANNYA :

Image result for 1 buku buttercup
  1. 1 buku buttercup
  2. 100 gm Milo
  3. 1 paket Biskut Marie
  4. 1/2 tin susu pekat
  5. 2 sudu besar gula (*ikut tahap kemanisan masing2*)

CARA PENYEDIAAN :

Image result for penyediaan resepi kek batik rangup


1. Panaskan periuk. Kemuadian, masukkan butter ke dalam periuk yang sudah dipanaskan tadi. Kacau sehingga butter tersebut cair. Tetapi, pastikan api tidak terlalu besar untuk mengelakkan hangit.

2. Patah-patahkan biskut kepada 4...(*ikut juga kesukaan masing-masing*)

3. Masukkan 1/2 tin susu pekat, 2 sudu gula dan 100gm milo ke dalam periuk apabila butter sudah cair. Pastikan sentiasa kacau adunan dan menjaga api ketika mengacau adunan tersebut supaya adunan sebati.

4. Masukkan biskut yang telah dipatahkan ke dalam periuk dan gaul rata...Pastikan ketika gaul tidak terlalu kuat supaya biskut tidak hancur..

5. Masukkan adunan yang telah digaul ke dalam bekas/ loyang yang sudah dialas dengan plastik..(*kalau letak plastik mudah untuk memotong dan keluarkan kek nanti*). Padatkan kek didalam bekas. Kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam supaya kek lebih keras..(*tak kisah berapa jam tapi selalunya lebih dari 4 jamlah ..Baru sedap sikit nak makan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚*)

6. Apabila sudah menunggu selama 4 jam, sebab dah tak sabar nak makan potong kemas-kemas dan hidangkan untuk dimakan..


Itu sahaja cara membuat kek batik.. Mudahkan, cepat pulak tu hanya dalam 6 langkah penyediaan kita dapat buat kek batik yang sangat sedap gituu..hahaha...Ok ini sahaja dari saya..

SELAMAT MENCUBA..๐Ÿ‘๐Ÿ‘โœŒ







No comments:

Post a Comment

CLASS APP COM MINGGU KE 14

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA๐Ÿ˜ƒ Hari ini sudah masuk minggu ke 14 so ia adalah hari terakhir atau class terakhir App Com ๐Ÿ˜ข. So...