Thursday, November 15, 2018

PSSTBC (PERSATUAN SENI SILAT TANAH BARU CHEMENDE)

ASSALAMUALAIKUM & HELLO SEMUA..

Hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman saya menjadi seorang pelajar silat. Saya mula menyertai silat ketika berumur 10 tahun. Saya berasa teruja untuk memasuki silat kerana kebanyakan family saya adalah ahli silat. Jadi, ia memberikan saya semangat untuk menyertai silat tersebut. Persatuan Silat Tanah Baru ini adalah satu kelab persatuan yang ditubuhkan di kampung saya, iaitu Kg Paroi. 

First masuk tu memang excited gile lah sebab tak sabar nak jadi seorang pesilat. FYI, selepas beberap hari masuk saya terpilih untuk menyertai pertandingan silat untuk mewakili SK PAROI. Masa itu memang terkejut beruk sebab baru masuk dah dapat masuk pertandingan. Masa itu pertandingan tinggal lagi 2 bulan lebih kot. So, memang kaw-kaw saya dan partner saya iaitu KakNgah Mok (hahaha nama gelaran dia kat kg) latihan dari petang sampai malam. Kadang kalu waktu cuti dari pagi smapai ke malam. Memang penat waktu tu. 

Alhamdulillah, kami mendapat Johan 💖 bagi acara tempur puteri Sekolah Renda. So, kami menjadi wakil Negeri Sembilan di Peringkat Kebangsaan. Masa itu memang excited sebab dapat jadi wakil negeri kot sape je yang tak excited kan. Saya dapat kenal ramai kawan tapi kebanyakkan wakil negeri kami semua orang yang sama jee sebab kitaorang banyak menang so wakil negeri pon bersama..

Semua ini memang satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup aku dan aku harap kita semua tidak lupa apa yang kita sudah pelajari iaitu seni mempertahankan diri..

SEKIAN, TERIMA KASIH.😊



No comments:

Post a Comment

CLASS APP COM MINGGU KE 14

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA😃 Hari ini sudah masuk minggu ke 14 so ia adalah hari terakhir atau class terakhir App Com 😢. So...