Thursday, November 29, 2018

SINGING IS THE BEST😍

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA😃

Harini Atin nak share sikit pasal salah satu aktiviti yang Atin dan rakan-rakan selalu buat especially hujung minggu. Aktiviti ini adalah melepak hehehe😂. 

Aktiviti lepak ini kami selalu buat sejak Atin sekolah lagi. Sekarang bila sudah masuk Universiti memang selalu lepak lah dengan kawan-kawan. Dan sekarang bila dah kenal dengan senior-senior pon ajak lepak jugak so memang aktiviti lepak ni tak asing lagi dalam kehidupan seorang pelajar Universiti kot😂. 

Gambar bersama lepak dgn team setting😍

Tempat yang biasa kitaorang lepak kalau dalam UKM adalah dekat Kiosk FEP tapi kalau luar dari UKM selalunya dekat Mc Donald Bangi. 

Bila dah lepak itu ambil masa hampir 4 atau 5 jam jugaklh nak balik sebab bila dah lepak masing-masing tak ingat dunia nak balik. Selalunya bila lepak itu, kitaorg suka bercerita tentang macam-macam perkara dan selalu jugak main game plato sesama. 

Walaupun sesetengah orang berfikiran bahawa bila kita berlepak ia membuang masa dan sebagainya tetapi bagi Atin dan rakan-rakan bila kita berlepak ini kita dapat mengisi masa lapang itu dengan mengenali rakan kita dengan lebih rapat sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain. 

No comments:

Post a Comment

CLASS APP COM MINGGU KE 14

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA😃 Hari ini sudah masuk minggu ke 14 so ia adalah hari terakhir atau class terakhir App Com 😢. So...