Monday, December 17, 2018

CLASS APP COM MINGGU KE 14

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA😃

Hari ini sudah masuk minggu ke 14 so ia adalah hari terakhir atau class terakhir App Com 😢. So, lepas ini dah takde dah nak masuk lab3 lagi. Bila class terakhir ini semua bersemangat dalam keadaan sedih sebab tak dapat nak main komputer lgi hihihi😂 bukanlh sebenarnya sedih sebab tak dapat nak jumpa Dr. lagi. 

Aktiviti dalam class arini adalah pembentangan daripada setiap orang berkaitan dengan html dan blog ini yang disiapkan tempoh hari. Semua blog berbeza malah cara pembentangan pon agak berbeza. Jadi melalui pembentangan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan keberanian dalam diri kita.

Minggu ke14 ini agak mencabar kerana semua orang agak stress sebab kita semua kena submit semua assignment dan tutorial yang sangat-sangat banyak.hihihi.. Actually bukan pelajar je yang stress Pensyarah pon sama jugak sebab terpaksa melayan karenah peljar-pelajar mereka.

Sunday, December 9, 2018


ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA 😃

Hari ini Atin nak share salah satu interest Atin dan rakan- rakan iaitu menyanyi. Bila sebut pasal menyanyi je semua orang tau kan. Walaupun suara kita ni tak sesedap pemyanyi tapi bolehlh untuk menghiburkan hati.

Sesiapa yang rapat dengan Atin & my besties mesti tau perangai kitaorg macam mana sebab kiatorg ni satu group yang agak masuk air dan kalau bab menyanyi no. 1 kot😂..

Nak-nak bila dalam bilik. Kalau dekat aras kitaorg itu memang suara kitaorg jelah yang terpekik terlolong macam orang gila menyanyi. Hihihi😂😂.. Kadang-kadang lawak jugak dengan perangai sendiri tapi nak buat macam mana dah memang tak bolah dikawal🤗. Itu pon nasib baiklah semua kat aras tu menerima kami seadanya. Semua okay je 😊.

Sepanjang pengenalan Atin dengan bestie kitaorg tak pernah lagi pergi karaoke tapi baru semalam kami dengan senior KAB pergi karaoke dekat My Pop Karaoke berdekatan dengan Jalan Reko. Bila semua dapat karaoke memang rasa tak cukup 2 jam tu sebab semua nak menyanyi tau rasa macam tak cukup je masa. So, semua plan nak g karaoke lgi lepas next sem😂.

Jadi, apa yang Atin boleh cakap adalah menyanyi memang tak boleh dielakkan dalam hidup Atin. Oleh sebab itu, Atin memnag minat menyanyi sebab orang di sekeliling Atin termasuk family sendiri memang minat menyanyi so singing is one of my interest. That All.

THANK YOU😃

FESTER UKM 2018

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

Team Setting
Team setting yang terbaik pernah saya sertai. Kami membina rumah, pokok, bangku dan sebagainya. Banyak yang kami belajar ketika belajar membuat setting untuk Fester 2018.

Thursday, December 6, 2018

Resipi Nasi Lemak FNT mudah & cepat


“Aduhai, susah juga nak masak nasi lemak ni rupanya. Haritu buat nasinya keras. Ni jadi lembek pulak. Macam mana cara buat nasi lemak nak bagi jadi elok aja kejadiannya ya?”
Nasi lemak adalah makanan paling popular di Malaysia. Orang Melayu, Cina, India semua suka makan nasi lemak. Nampak macam senang nak membuatnya. Cuma masak nasi dan buat sambal. Tapi siapa sangka, bila cuba buat sendiri di rumah, memanjang tak jadi!
Inilah dilema nak memasak nasi lemak. Macam-macam masalah yang selalu orang adukan, terutamanya bagi first timer. Nasi tak cukup masaklah, nasi jadi lembeklah, nasi berketul-ketul, nasi cepat basi dan sebagainya.
Jadi hari ini kami ingin kongsikan step-by-step cara buat nasi lemak yang betul. Sememangnya ada banyak cara nak buat nasi lemak. Ini merupakan resepi turun-temurun daripada nenek saya yang pernah berniaga suatu ketika dahulu. Kata pelanggan di situ, nasi lemak nenek paling sedap sebab wangi dan semuanya cukup rasa.
Mari kita tengok cara-caranya di bawah.

CARA MASAK NASI LEMAK YANG MUDAH & SEDAP. MESTI JADI!

BAHAN-BAHAN

  • Beras 3 cupak
  • Halia tumbuk
  • Daun pandan 5 helai gunting pendek-pendek
  • Santan 1 kotak
  • Garam
  • Minyak masak

CARA-CARA

1. BASUH & SUKAT BERAS

Begini cara saya sukat beras. Air akan ikut paras beras. Sama macam masak nasi putih juga.

2. SUKAT AIR

Bila dah dapat sukatan beras, saya alihkan beras dalam bekas / penapis lain. Kemudian, periuk nasi tadi saya akan isikan dengan air ikut paras beras yang tadi.
Boleh tengok gambar di bawah. Tadi beras saya 1 setengah ruas jari, jadi sukatan air pun samalah banyak tu juga.

3. MASUKKAN SANTAN

Kemudian masukkan santan satu kotak. Tak kisahlah nak pakai santan jenis apa pun. Saya gunakan kotak yang kecil saja. Ini pun dah cukup rasa lemaknya.
Jangan bazirkan santan yang dalam kotak tu. Masukkan sedikit air ke dalam periuk dan goncang-goncangkan. Tuangkan semula air ke dalam periuk. Pastikan kotak santan tu dah dibasuh dulu.

4. MASUKKAN HALIA

Seterusnya, masukkan halia yang dah diketuk lebih kurang banyak macam ni.

5. MASUKKAN DAUN PANDAN

Saya masukkan 5 helai daun pandan yang dipotong kecil begini.

6. PERASAKAN

Selepas itu perasakan dengan garam.

7. MASUKKAN SEDIKIT MINYAK MASAK

Untuk sukatan nasi 3 cupak tadi, saya gunakan minyak masak lebih kurang 3 sudu besar.
Fungsinya adalah untuk elakkan nasi lembik. Nanti hasilnya berderai elok sebiji-biji.

8. TEKAN BUTANG ‘COOK’

Beginilah rupanya nanti bila dah masukkan semua bahan tadi. Dah boleh letak di rice cookerdan tekan butang ‘cook’. Tapi jangan masukkan beras dulu.
Kita tunggu menggelegak dulu air santan dan daun pandan semua ni supaya nasi lemak akan jadi wangi.

9. MASUKKAN BERAS

Bila dah mula menggelegak, bolehlah masukkan beras yang dah dibasuh dan ditapis tadi.
Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama sebab nanti santan akan pecah. Tak cantik nasi tu nanti. Jadi kena selalu tengok-tengok periuk lepas tekan butang ‘cook’ ya.

10. KACAU SETIAP 5 MINIT HINGGA MASAK

Bila dah masukkan beras, sila kacau setiap 5 minit supaya semua nasi sekata dengan santannya.
Buatlah beberapa kali hingga nasi masak.

11. Masak sambal untuk makan dengan nasi lemak

Bila nasi lemak sudah siap, kita boleh masak sambal supaya nasi lemak menjadi lebih sedap dimakan.


OK, SIAP AKHIRNYA…👏👏

Dah siap pun nasi lemak dan sambalnya. Beginilah hasilnya dan dah bolehlah makan. Tak kisahlah nak makan dengan ayam goreng ke, telur goreng, paru atau apa saja.
Insha Allah kalau ikut step-by-step ini, nasi lemak mesti menjadi.
Selamat mencuba dan silakan share!😃

Tuesday, December 4, 2018

KELAS APPLIKASI KOMPUTER MINGGU KE 12

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

Pejam celik- pejam celik dah minggu ke12 kita belajar di UKM🎊. Arini di class App Com. Atin ada labtest iaitu test Microsoft Access. Sebelum labtest, kami semua sudah diberikan tunjuk ajar cara untuk mengendalikan Access tersebut daripada Dr.
Sewaktu Dr. menerangkan cara penggunaan Access

Sewaktu labtest kami diberi masa selama 2 jam sahaja iaitu bermula pada pukul 11.10 a.m hingga 1.10 p.m. Sewaktu menjawab labtest, kami semua tidak dibenarkan bercakap kerana kemungkinan Dr. akan menghalau sesiapa yang bercakap kerana Dr. menganggap bahawa sesiapa yang bercakap itu sudah siap.

Soalan labtest ini ada yang susah n ada yang biasa-biasa tetapi disebabkan tidak cukup masa. Tetapi apa yang sudah berlaku biarlah berlalu pergi (cewahhh😂). Jadi, untuk class App. Com minggu ke12 kami dipenuhi dengan labtest Microsoft Access.

Monday, December 3, 2018

PERTANDINGAN VICDOR

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA SEMUA

Hari ini Atin nak share pasal penglibatan Atin dalam pertandingan VICDOR. Apa itu VICDOR?? VICDOR adalah singkatan daripada Vie Intercultural Dance Of Residence. Actually, Atin tak terfikir pon nak join pertandingan ini, tapi Alhamdulillah dengan peluang yang ada dan pujukan semangat daripada beberapa orang yang baik hati, Atin pon joinlah tarian ini walaupun tahu pertandingan hanya tinggal 4 hari je lagi 😂😂.

Bila dah letak nama nak join pertandingan ni ,keesokannya kena berkumpulkat foyer then teruskan latihan. Selama 4 hari sebelum pertandingan VICDOR tu memang barailah sebab habih latihan pukul 3-4 pagi then pukul 8 ada class, hahaha memang barai teruk lah time tu. And lagisatu, pada masa yang sama, Atin pon masuk Fester sebagai ahli Setting. So, memang minggu tu busy gilee. 

Walaupun rasa barai, mengantuk semua ada tapi semasa buat latihan itu takde sorang pon yang rasa letih sebab masing-masing happy bila dapat buat benda yang kitaorang suka. hahaha.. walupun balik pukul 3-4 pagi masing-masing still sanggup balik lambat sikit walupun dah boleh balik sebab nakhafalkan step punyer pasal. Kitaorang start latihan dari 4.00 petang sampai 7.00 petang then sambung balik pukul 8.30 malam sampai 3-5 pagi lah. 

Muka masing-masing sebelum balik happy je kan walupun dah pukul 4 pagi😊😊

Selepas 4 hari berlatih, tibalah masanya pertandingan tersebut, kitaorang memang rasa risau ada, takut ada sebab ramai daripada kitaorang 1st time masuk pertandingan lagi-lagi jadi wakil kolej pulak tu. Pertandingan itu start malam tapi pukul 4.00 petang kitaorang semua dah berkumpul and bersiap untuk malam itu. Memang masa itu dah takde latihan lagi dah, masing-asing just hafalkan step sendiri-sendiri je. 

Selesai bersiap, kitaorg terus gerak ke Dewan Anwar Mahmud (DAM), masa sampai DAM itu semua peserta berkumpul dekat bilik menunggu dan setiap kolej perlu mencabut undi untuk membuat persembahan. Kolej KAB sepatutnya mendapatkan undi ke4 tetapi disebabkan oleh beberapa masalah kami meminta jasa baik semua kolej untuk menjadi peserta terakhir. Hanya 5 kumpulan sahaja yang memasuki pertandingan itu. So, kitaorang rasa macam ada canlah nak menang kan. hahaha confident lebih😂😂

Semasa di bilik menunggu giliran membuat persembahan
Alhamdulillah selepas kami selesai membuat persembahan kami dibenarkan duduk di dalam DAM untuk menyaksikan persembahan daripada artis jemputan iaitu Ariff Bahran. Beliau menyanyikan lagu beliau yang bertajuk Kata Akhirmu & Juara Dusta.

Bergambar bersama Ariff Bahran sebelum menunggu keputusan diumumkan💓

Setelah selesai kesemua persembahan, kami para peserta dikehendaki ke hadapan kerana juri memberikan komen pada persembahan yang dipertandingkan. Pelbagai komen dan ulasa yang positif dan negatif yang dilontarkan oleh juri. Ketika juri memberikan komen, kami berasa agaksedih kerana kami berasa kurang yakin untuk mendapatkan tempat dalam pertandingan tersebut.

Tetapi Alhamdulillah dengan izin Allah, kami Amin Dancer wakil Kolej Aminuddin Baki berjaya mendapat tempat ke2 atau 1st runner untuk pertandingan VICDOR itu. Dengan berkat dan usaha yang diberikan oleh kami semua berjaya membuahkan hasil.



Gambar selepas diumumkan sebagai 1st runner up💖

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang datang support kami dan kepada Abg Jai, Abg Hafiz, Kak Tiqa, Wences & Syam, Kak Zila & Kak Illy & Ben and especially Bestieku, Biro Kebudku dan Amin Dancre  yang dah banyak membantu kami dalam menjayakan pertandingan ini, tanpa kamu semua siapalah kami. We 💗 all of u.


THANK YOU SO MUCH💋

Saturday, December 1, 2018

JUS TEMBIKAI LAICI FNT

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA😃


Bila sudah bercerita panjang lebar. Jom layan minuman di kala panas..memang sesuai sangat..
Guna laici dalam tin jer..tembikai tu nasib baik takde jumpa yg dalam tin lagi..hehe😂

Bahan-bahan ( menghasilkan 2 gelas jus )

* Beberapa Potong Tembikai
* 1 gelas air laici dalam tin
* 8 biji buah laici
* beberapa ketul air batu

Cara-cara

1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinya, kemudian blender bersama air laici tadi.
2. Tuang jus didalam gelas dan campurkan buah laici dan beberapa ketul air batu. Siap untuk dihidangkan. 


Selamat Mencuba.😊


CLASS APP COM MINGGU KE 14

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA😃 Hari ini sudah masuk minggu ke 14 so ia adalah hari terakhir atau class terakhir App Com 😢. So...