ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA..
Saya ingin menceritakan serba sedikit perasaan, kenangan malah pengalaman sepanjang menyertai Kem Induksi itu. Pada 28 September 2018 merupakan hari istimewa bagi diri saya iaitu hari kelahiran saya yang ke 19. Pada hari tersebut juga saya telah menyertai kem itu. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 28 sept - 30 sept 2018 bertempat di Hutan Pendidikan Alam,UKM.
Kem induksi ini bermula pada hari Jumaat, pukul 2.30 ptg selepas pelajar lelaki pulang dari solat jumaat. Dari kolej ke lokasi kem mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke sana kerana kami terpaksa berjalan kaki dengan membawa beg yang penuh dengan barangan peribadi. Sepanjang perjalanan pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh para peserta ada yang keletihan, ada yang tertawa-tawa dan ada yang hampir pegsan kerana cuaca terlalu panas lit-lit gitu..
Jalan punya jalan, akhirnya sampai juga kami di sana. Sampai-sampai sahaja kami berkumpul di dewan (tak macam dewan pun, macam tempat berkumpullah). Selepas diberikan sedikit taklimat daripada Wak (Abg Senior), kami semua diminta beratur dalam biro masing-masing. Ketika itu kami dipecahkan mengikut kumpulan. Pada mulanya group Atin semua perempuan tau, then Wak rombak balik setiap group. Akhirnya, terbentuklah group Atin yang terdiri daripada 14 orang yang bernama "Lion Fox".
💖💖GROUP LION FOX💖💖 |
Sepanjang kem induksi ini banyak yang telah dipelajari salah satunya ialah sentiasa setia kepada rakan-rakan. Jika kita setia dan sayang akan rakan kita, kita sanggup mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan untuk membantu rakan kita ketika dalam kesusahan mauhupun senang. Selain itu, melalui kem ini juga kita dapat meningkatkan sifat kepimpinann dalam diri peserta.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MEP Biro Kebudayaan kerana memilih saya untuk menjadi salah seorang wakil peserta Biro Kebudayaan. Terima kasih juga kepada semua MEP KAB 2018 yang membuatkan aktiviti yang sangat best dan have fun untuk kami.
![]() |
WAKIL BIRO KEBUDAYAAN KAB💗 |
ITU SAHAJA DARIPADA SAYA..TERIMA KASIH..😃
No comments:
Post a Comment