ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA UOLLS..
Today, saya share sikit tentang pembelajaran kelas Aplikasi Komputer minggu ke8. Dr. mengajar kami cara untuk membuat Microsoft Access. Seumur hidup saya tidak perlu ku membuka Microsoft Access walaupun hanya sekali. hihihi... Masa first-first buka itu, memang rasa macam bagai rusa masuk kampung. Memang totally tak tau macam mana nk buat. Nasiblah Dr. tunjukkan cara-cara untuk membuat Access tu.
Semasa Dr. menunjukkan cara penggunaan, saya memberikan sedikit tumpuan. Hal ini kerana, selepas pembeljaran ini tamat kami diminta untuk menghantar Access yang telah siap di iFolio UKM. Malah, kami juga bakal menghadapi labtest untuk Microsoft Access.
Pelbagai faedah yang saya dapat ketika menggunakan Microsoft Access, salah satunya dapat memudahkan cara untuk merekod data serta menjimatkan masa orang yang merekod maklumat tersebut.
Oleh itu, saya dapat mengetahui cara yang mudah untuk merekod data. Jadi melalui kelas ini pelbagai kebaikan yang dapat diperolehi. Sekian Terima Kasih..
No comments:
Post a Comment