Tuesday, September 25, 2018

PERARAKAN HARI MALAYSIAN UKM 2018

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Hari ini saya mahu berkongsi pengalaman semasa menyertai Perarakan Hari Malaysia. Perarakan tersebut diadakan pada 21 September 2018 bertempat di Stadium UKM. Sambutan tersebut mempunyai acara perbarisan daripada setiap kolej kediaman. Ia berlangsung pada pukul 8 malam sehingga 11.30 malam. 

Acara ini disambut dengan begitu meriah, setiap kolej mempersembahkan persembahan dan gaya yang tersendiri dalam acara perbarisan untuk menambat hati para jri. Selain itu, ramai juga penyokong setiap kolej yang hadir bagi menyookong kolej masing-masing disamping memeriahkan lagi sambutan tersebut. Pada masa yang sama, kehadiran para penyokong juga dapat melahirkan dan memberikn semangat kepada rakan-rakan mereka yang memasuki acara perbarisan.

Saya mewakili Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang tercinta. Konsep perarakan yang digunakan adalah Pembentukan Malaysia dimana penyatuan Sabah dan Sarawak serta tema "Sayangi Malaysiaku".

Hasil kerjasam adan titk peluh yang telah diberikan kepada semua yang terlibat dalam sambuta ini, Kolej Aminuddin Baki dinobatkan sebagai tempat ke-3 dalam acara keseluruhan. Saya sebagai salah seorang peserta KAB berasa bangga dengan atas usaha yang diberikan oleh semua para peserta perbarisan KAB. Walaupun kami tidak dapat menahan takhta juara pada tahun lepas, kami tetap berbangga tau..

GAMBAR SEMASA HARI LATIHAN SEHARI SEBELUM PERBARISAN BERLANGSUNG



GAMBAR SEBELUM PERSEMBAHAN PERBARISAN KOLEJ AMINUDDIN BAKI

                            

                         


 GAMBAR SEMASA PERSEMBAHAN KOLEJ AMINUDDIN BAKI

       
   



GAMBAR SELEPAS KOLEJ AMINUDDIN BAKI DIUMUMKAN SEBAGAI PEMENANG TEMPAT KE-3



TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG TERUTAM SEKALI KEPADA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (KAB).

VIDEO PERARAKAN KAB 2018

TAHNIAH..😊😊😊😊

Saturday, September 22, 2018

RESIPI KEK BATIK MILO BY FNT

ASSALAMUALAIKUM...

Arini saya nak share satu resipi simple dengan anda semua.
Superb simple..Semua orang boleh buat tau..
Sejak akhir-akhir ini, saya suka membuat kek batik ini especially bila balik rumah masa cuti minggu. Almaklumlah kehidupan seorang pelajar U kan... Walaupun tak sampai 3 bulan masuk U api selalu je balik rumah... So kalau balik rumah mesti akan baked kek batik. 
Baru-baru ni, Atin baked 2 bekas kek batik tau untuk family satu bekas and lagi satu untuk bawak balik U (buat kawan-kawan yang dikasihi disana😍 cewahhh)..

So, marilah kita tengok resipi kek batik yang mudah, cepat dan pantas... Seperti masak 1,2,3 sajoo..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




RESIPI KEK BATIK SUPERB CEPAT

Kek Batik Sedap


BAHAN-BAHANNYA :

Image result for 1 buku buttercup
  1. 1 buku buttercup
  2. 100 gm Milo
  3. 1 paket Biskut Marie
  4. 1/2 tin susu pekat
  5. 2 sudu besar gula (*ikut tahap kemanisan masing2*)

CARA PENYEDIAAN :

Image result for penyediaan resepi kek batik rangup


1. Panaskan periuk. Kemuadian, masukkan butter ke dalam periuk yang sudah dipanaskan tadi. Kacau sehingga butter tersebut cair. Tetapi, pastikan api tidak terlalu besar untuk mengelakkan hangit.

2. Patah-patahkan biskut kepada 4...(*ikut juga kesukaan masing-masing*)

3. Masukkan 1/2 tin susu pekat, 2 sudu gula dan 100gm milo ke dalam periuk apabila butter sudah cair. Pastikan sentiasa kacau adunan dan menjaga api ketika mengacau adunan tersebut supaya adunan sebati.

4. Masukkan biskut yang telah dipatahkan ke dalam periuk dan gaul rata...Pastikan ketika gaul tidak terlalu kuat supaya biskut tidak hancur..

5. Masukkan adunan yang telah digaul ke dalam bekas/ loyang yang sudah dialas dengan plastik..(*kalau letak plastik mudah untuk memotong dan keluarkan kek nanti*). Padatkan kek didalam bekas. Kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam supaya kek lebih keras..(*tak kisah berapa jam tapi selalunya lebih dari 4 jamlah ..Baru sedap sikit nak makanπŸ˜‚πŸ˜‚*)

6. Apabila sudah menunggu selama 4 jam, sebab dah tak sabar nak makan potong kemas-kemas dan hidangkan untuk dimakan..


Itu sahaja cara membuat kek batik.. Mudahkan, cepat pulak tu hanya dalam 6 langkah penyediaan kita dapat buat kek batik yang sangat sedap gituu..hahaha...Ok ini sahaja dari saya..

SELAMAT MENCUBA..πŸ‘πŸ‘βœŒ







Thursday, September 20, 2018

HOBI MENONTON RACE MOTOGP

ASSALAMUALAIKUM...


Hari ini Atin nak share sikit pasal hobi Atin yang sedikit berlainan daripada kebanyakan perempuan iaitu menonton race motoGPπŸ˜‚. Ramai 
yang tanya Atin apa yang bestnya tengok motoGp ni..Ermmm...Meh Atin 
share sikit apa yang Atin dapat daripada tengok race motoGP ni...

Related image
RIDER MOTOGP 2018
Related image
RIDER MOTO2 2018

Related image
RIDER MOTO3 2018

APA YANG ATIN DAPAT : 

1. Mengetahui strategi yang digunakan setiap rider
ØKita dapat tahu melalui jenis tayar yang digunakan leh setiap rider. Tayar penting kerana dapat 
    mengawal moto yang ditunggang.
ØTayar terbahagi kepada dua iaitu depan and belakang. Setiap bahgian ada jenis tayar tersendiri iaitu soft, medium, dan hard.

2. Dapat mengetahui laluan setiap litar
ØBila kita asyik tengok race ini kita dapat mengetahui selok-belok setiap litar perlumbaan. 
ØLebih daripada 10 litar yang digunakan untuk race motoGP iaitu dari seluruh dunai seperti Australia Spain, Itali dll but yang paling penting litar Sepanglah..
ØLitar yang paling terbaharu adalah di Thailand. Hal ini kerana pada tahun 2018, Thailand 
     membuka litar untuk kegunaan race motoGP.

3. Dapat mengenali setiap rider
ØAtin mengetahui hampir kesemua rider moto3, moto2 dan motoGP.
ØDapat mengenali mereka dengan lebih mendalam tentang kehidupan bermulanya menjadi rider.


Oklah kat atas tu sedikit sebanyak yang Atin dapat. Tapi apa yang paling penting Atin dapat merasai kepuasan apabila menonton race motoGP apabila rider yang kita minat menangkan.. And pada masa yang ada juga rasa
 takut or berdebar-debar especially bila rider-rider bersaing esama sendiri untuk mendapat mata.

Bukan itu sahaja, kita jugak dapat melihat kejadian crash(kemalangan) dalam race tersebut. Ada rider yang
 patah sana-sini, terseluih dan yang paling sedih ada juga yang mati ketika race sedang berlangsung. So, apa yang kita tahu rider-rider motoGP ni tak sama macam mat-mat rempit ni sebab kesemua rider membawa nama nergara mereka sendiri dan mereka mempunyai polisi
 tersendiri. 

Buat rider Malaysia, teruskan usaha untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Kami yang 
menonton race motoGP ini sentiasa menyokong anda semua.. Keep fighting..πŸ’ͺπŸ’ͺ

Image result for hafizh syahrin wallpaper
HAFIZH SYAHRIN RIDER MOTOGP MEWAKILI MALAYSIA

Image result for KHAIRULIDHAM PAWI wallpaper 2018
KHAIRUL IDHAM PAWI RIDER MOTO2 MEWAKILI MALAYSIA

Image result for ADAM NORRODIN wallpaper 2018
ADAM NORRODIN RIDER MOTO3 MEWAKILI MALAYSIA

THAT ALL..THANK YOU..πŸ˜„πŸ˜„



CLASS APP COM MINGGU KE 14

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERAπŸ˜ƒ Hari ini sudah masuk minggu ke 14 so ia adalah hari terakhir atau class terakhir App Com 😒. So...